Saturday, 27 December 2014

Warkah.

Ada banyak benda yang aku belajar hari ini.

Kita kena belajar untuk terima takdir. Tak kisah dalam konsep mana sekalipun, tak kira ia susur alur kehidupan atau apa sahaja. Takdir itu sudah disusun cantik oleh Allah. Siapa engkau untuk nilai dan perdebatkan ia sedangkan engkau cuma zarah tak guna di atas muka bumi? Terima kenyataan untuk sebarang kemungkinan, mungkin itu perit bagi kita,engkau dan aku. Tapi percayalah, Tuhan sudah tentukan yang paling baik untuk kita, lebih baik daripada apa yang kau ada itu, yang mungkin engkau terpaksa lepaskan, di waktu ketika itu.

Yakin dengan ketentuan Tuhan, yakin bahawa dia akan berikan yang terbaik untuk engkau, walaupun engkau merasakan dia sebenarnya yang terbaik.

Tapi percayalah.
Terbaik dia, bukan untuk kau.

Yep, silap aku banyak disini. aku bodoh dan tak konsisten dengan perjalanan hidup aku dengan orang yang aku sayang. Aku fikir, dengan layanan biasa dan bodoh bodoh seperti itu sudah cukup membuktikan kasih sayang aku dengan orang yang aku sayang, salah sama sekali. Hargai orang yang kita sayang. Jangan pernah berhenti untuk terus tunjukkan rasa sayang. Walaupun itu penat, itu sendiri akan membuatkan orang yang kita sayang itu menghargai kita secara langsung, dan serta merta mereka juga akan jadi macam kita.

Hargai mereka.
Ingat setiap tarikh-tarikh penting yang membuatkan memori paling gempak yang pernah kau buat dengan dia.
Jangan sakitkan hati dia.

Makhluk Tuhan itu juga sebahagian dari Dzat Tuhan
engkau sia-siakan mereka, sama jugalah seperti engkau sia-siakan Tuhan.

Yep. Aku boleh terima kenyataan.
Perit itu memanglah perit, tapi tak seperit mana satu jiwa diseksakan kerana bodohnya satu jiwa yang lain.

aku harap engkau bahagia.
cari lelaki yang bukan macam aku.
cari lelaki yang boleh buat kau tersenyum ikhlas.
cari lelaki yang sentiasa berusaha membuat kau bahagia.

Jangan cari lelaki macam aku.

Aku doakan kau bahagia.
Biar aku nampak kau dari jauh.
Bahagia kau dari jauh aku boleh rasa.

Tapi perit aku, biar aku sendiri tanggung.

No comments:

Post a Comment