Friday, 26 December 2014

Emosi?

Kadang kadang kita tak boleh nak ikut emosi.
Bagi aku emosi itu setan.

Setan memang suka manusia bila emosi.
Tapi engkau jangan risau.
Kau raja. emosi itu rakyat.
Kau kawal emosi, segalanya boleh.

Setan itu mencelah masuk kerana rongga-rongga kita tiada kalimah Tuhan.
Rongga-rongga kita penuh dengan kotoran dosa.
Dosa ini tiket mudah untuk setan lepas masuk.

Aku tahu sebab aku rasa.
Kurangnya zikir dan kalimah Tuhan.
Setan senang untuk masuk dan berikan kita pelbagai cabang emosi.
Buatkan kita berfikir bukan-bukan.

Buatkan otak kita tak berkembang.

Kawal emosi.
Terima kenyataan.

Yep.
kenyataan yang perit.
Tapi percayalah, ada kebaikannya.

walaupun kita tak nampak.
Tapi Tuhan Maha Melihat.

Percaya Dia, kau selamat.

No comments:

Post a Comment