The biggest loser is when.
The person that i miss alot, is now happily missing another person, alot.
Lose-win situation.
Dan gua dah kalah.
game over.
The biggest loser is when.
The person that i miss alot, is now happily missing another person, alot.
Lose-win situation.
Dan gua dah kalah.
game over.
Dan kita cuba koyakkan semua kenangan itu.
kita buang jauh jauh.
Dan dia datang semula.
Kita koyak lagi.
Dan kita buang lagi.
Dan dia kembali lagi.
Dia kembali dengan kenangan yang sama.
Situasi yang sama.
Struktur yang sama
Persekitaran yang sama.
Cuma bersama dengan yang lain.
Cuma itu.
Tak banyak berbeza.
Dan sedikit menyakitkan.
Sedikit, dikit.
Kadang kadang jalan hidup kita terlalu menyetan, dan sangat setan.
Dan kerana unsur unsur setan itulah.
Peribadi kita menjadi setan.
Seolah-olah membuatkan kita adalah bayangan peribadi untuk--
untuk satu susuk figura setan.
Yang sempurna.
Yang terulung.
Yang cukup sifatnya.
Tapi kenapa kita sendiri tidak terpikir.
Terpikir untuk memutarbelitkan cakna setan itu
Putar dan belitkan ia.
Menjadi satu cakna positif yang cukup sempurna.
Agar ia menjadi pengajaran hidup kita.
Satu sahaja yang boleh engkau.
Dan aku.
Simpulkan bersama.
Yang setan, takkan selamanya menjadi setan.
Sedangkan pelacur jalanan juga ganjarannya syurga gara gara memberi minum untuk anjing.
Apatah lagi kita.
Apatah lagi perangai setan kita.
Apatah lagi kenangan setan kita.
Yang bertimbun masuk ke lorong hidup kita.
Tuhan itu maha Kaya, dan Maha Adil.
Dia tahu apa yang kita tak tahu.
Cuma kita, manusia ni.
Kita suka ambil tahu benda yang kita tak perlu nak tahu.
Patutlah setan senang masuk.
Patutlah.
Ku tenung wajah ketat dan kelat itu.
Rimas dan penuh dengan gusarnya.
Mungkin aku ada disitu.
Lalu dipandang telefon bimbitnya.
dilayan alatnya itu sambil menekan nekan punat telefon itu.
Balas pesanan agaknya.
Senyum.
Senyum lebar dia.
Aku tahu itu si dia.
Alhamdulillah.
Hilang ketat di mukanya.
Nampaknya aku tak perlu risau lagi.
Bila ada orang sudah mahir untuk memujuk hatinya.
Itu dah cukup bagi aku.
Rindu?
Kau berhak untuk rindu.
Kau memang perlu ada rindu.
Rindu itu ada dalam setiap cebisan kontrak kemanusiaan.
Kau layak sebab kau manusia.
Cuma yang membezakan hanya satu.
Kau masih dalam kontrak dunia.
Dunia kita ada banyak kontrak tertangguh.
Dan yang tertangguh ini menyempitkan kau.
Hidup kau.
Masa depan kau.
Dan semestinya.
Rindu kau.
Tersepit.
Biar kita belajar untuk rindu.
Rindu di celah-celahan sana.
Agar mereka tidak nampak.
Biar semua nampak.
Hanya Tuhan, sahaja yang lihat.
Dan dia terus meraung dan meraung.
Di setiap celahan sudut yang ada.
Yang ada di dalam ruang itu.
Desas desus dan saki baki jeritan itu masih kedengaran.
Sehingga sekarang.
Mendap dan lemah jadi makanan.
Ketika itu.
Di sudut yang lain pula.
Suasana gamat seperti satu temasya yang indah dan meriah.
Percakapan temasya itu seolah olah rancak dan menarik sekali topiknya.
Sekali sekala ada ketawa bahagia muncul sesekali tanpa segan silu.
Ada dua.
Dua perbandingan yang perlu diluruskan.
Kita hidup dalam dua kamar yang berbeza.
Berbeza isi, tapi tempatnya sama.
Ruang yang sama.
Saiz yang sama.
Cuma yang berlainan, adalah kita.
Kita, khalifah teragung dunia.
Kita bijak memilih mana satu kamar yang kita berhak untuk pilih.
Temasya, atau sebaliknya?
Jadikan unsur Tuhan sebagai makanan kita.
Unsur yg membawa kita ke ke arah Tuhan.
InsyaAllah, yang sakit itu kita boleh rawat.
Tapi.
Malam ni.
Kamar itu meraung lagi.
Dan.
Semuanya muncul.
Dengan hambar.
Dan resah.
Kadang kadang bila kita ditanya.
Sama ada kita okay atau tidak.
Kenapa itu juga dijadikan persoalan.
Yep, dia tahu situasi aku dan aku memahami dia sebenarnya kisah tentang kita.
Tapi aku tak faham kenapa dia kurang faham tentang konsep okay.
Sebab bagi aku.
Tak semestinya kita perlu berlagak okay, jika kita sebenarnya, memang, dah..okay?
Haha.
Sebab kadang kadang muka kelat tiada perasaan tu sendiri tunjukkan kita sebenarnya tak okay.
Padahal, heh.
Gua okay je.
Tapi biasala.
Sisa sisa tu ada.
Malas la nak tulis banyak.
Nanti ada pihak perasan.
Lepastu buat andaian sendiri.
Kan?
Dia ingat kita taktau.
Kita tahu la. Kita diam je.
Kita tengok je dari jauh.
Senyum dia tu senyum ikhlas tu.
Kita pun rasa okay, kita pergi la.
Kita dah tak macam dulu la.
Ingat kita ni hamba dunia ke?
Takda Tuhan?
Tolong sikit.
Awak tu.
Macam menambah dosa je kita tengok.
Kita cakap je.
Macam yang kawan kita cakap kat kita dulu masa kita kita dengan awak kan.
Jangan terbang tinggi sangat.
Nanti jatuh, sakit dia bukan main.
Awak tu saya tengok dah tinggi sangat terbang tu.
Harap harap awak tak jatuh.
Macam awak jatuhkan saya.
Macam dulu dulu?
Yang dulu dulu tu?
Oh dah lupa?
Cepatnya.
Dan ada ketikanya aku berfikir.
2015 adalah one of the ultimate door untuk hidup aku, ke arah yang lebih baik.
Bodoh bodoh aku yang lepas lepas itu aku patut habiskan.
Sebabnya yang bodoh bodoh ini satu bencana.
Yang membuat ramai jiwa terluka.
Tapi kita takkan sedar.
Kerana kita masih dikurung dalam kepompong sendiri.
Kepompong cermin.
Cermin yang memperlihatkan diri kita.
Cermin jahat.
Yang membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa yang kita.
Kerana hidup kita tidak berkembang.
Kita hidup dalam kepompong sendiri.
Kepompong yang mengapi apikan ego kita.
Tanpa kita sedari.
Dengan ini.
Aku mampu aku boleh ke hadapan.
Aku juga tau kau mampu.
Walaupun rasa itu kadang kadang muncul.
Moga kau terus lupakan.
Cari dia.
Cari Tuhan.
Aku yakin kita semua boleh, apatah lagi kau.
Sebenarnya.
Apa yang paling sakit sekali adalah apabila kita sendiri tidak mampu menahan sakit itu.
Ketika itulah sakit itu menjadi manja.
Dan buat kita rimas dan derita.
Lepaskan perlahan-lahan.
Tuhan akan bantu.
Tuhan akan bantu kita.
Dan bantu dia.
Dan bantu semua.
Untuk menjadi lebih baik.
Yakin.