Hai?
Monday, 19 June 2017
MY EXPERIENCE ON BECOMING A MASS COMMUNICATION STUDENTS
Wednesday, 3 June 2015
Material
Kau dan aku.
Bersatu dalam zarah yang sama.
Menggeletek dalam dunia yang jahanam.
Kita;
Adalah material yang pupus.
Material yang membazir.
Masa depan kita adalah semak.
Nun di sana.
Semak untuk mereka yang gagal.
Kau, aku, satu material.
Bersatu dalam semak.
Anggap manusia buang kita;
Kerana dimata mereka kita sampah.
Jauh di dalam makrifat cinta;
Tuhan angkat kita sebagai permata.
Permata pertama berstatus sampah.
Berani kamu?
Pasti.
Wednesday, 18 March 2015
Gagal
Dan pelangi itu ditenung dari jauh.
Sepertinya ia bermain bersama awan.
Yang sukar untuk digapai.
Sekadar nikmat untuk dilihat.
Dan kita terus merenung.
Sehingga ia beredar bersama awan.
Manifesto perpisahan semakin berbunyi.
Pucuk dan pangkal tinggal kenangan.
Yang pergi akan selamanya mati.
Dan yang hidup, akan selamanya pergi.
Yang tinggal hanya jasad;
Yang gagal untuk bergerak.
Gagal untuk melawan syaitan yang lemah.
Kerana tiada iman datang menyahut perisai.
Dan kita;
Masih di dalam perigi yang berlumut
Menunggu waktu, untuk dihancurkan.
Semoga kita tabah untuk dihancurkan.
Dan dilenyapkan.
Maka kita hanyut;
mati, solo dan sendiri.
Friday, 13 March 2015
Pendekar
Pendekar itu terduduk.
Penat menanggung perit
Diberi air, dihirup serakus yang bisa.
Diranap tanah disekeliling persilaannya.
Dicakar tanah oleh jari-jari lemahnya.
Pendekar itu mundur dalam medan perangnya.
Bertubi-tubi panahan bergilir-gilir.
Beratur panjang menyerang beliau.
Teguhnya masih kelihatan.
Lalu datang seorang pendekar.
Pendekar itu mengadu kesakitan.
Meraung kesedihan.
Meraung kerana gagal menjadi gagah.
Gagal menjadi gagah dalam medan perang.
Lalu dipulihkan oleh pendekar yg lemah itu.
Diberikan nyawa.
Nyawa diberi oleh sang nyawa-nyawa ikan.
Gembira jadinya.
si pendekar yang mengadu.
kini menjadi pendekar yang gagah.
lalu datang seorang lagi pendekar.
nasibnya sama.
lemah dan terus lemah akibat perang.
lalu diberikan ubat dan pedoman.
buat pendekar yang lemah.
lalu pedoman itu dihirup rakus oleh pendekar.
gagah kembali.
dan mereka kembali ke medan perang.
Dan.
pendekar ini masih tersepit.
dan gagal untuk gagah.
habis semua pendekar mengadu.
sehingga beliau sendiri.
lupa untuk menggagahkan diri.
dan beliau hanyut dalam perang.
perlahan--
tanpa rasa jemu.
bersama kenangan yang hancur.
harapan.
memori.
cinta.
tanpa segan silu dia mati.
tanpa meninggalkan nama.
walau secebis.
selamanya.
Friday, 27 February 2015
Friday, 20 February 2015
Adiwira
Ada satu kondisi.
Di mana semua berpesta.
Dan ada satu jiwa.
Bersama satu gangguan.
Aku datang sebagai adiwira.
Kerjanya bukan mudah.
Memusnahkan gangguan.
Dan menenangkan jiwa itu.
Sampai jadi bara cinta.
Aku diamkan.
Lalu aku lepaskan.
kerana tugas aku dah tamat.
Si jiwa terlepas dari gangguan.
Dan aku, masih merempat, bersama tema yang solo.
Sendirian.
Di lain kondisi.
Masih dalam situasi yang persis.
Semua berpesta dan masih gembira.
Lalu ada satu jiwa terbakar.
Aku jenguk bersama harapan.
Lalu dipadamkan yang terbakar itu.
Dan masih ada sisa sisa pembakaran.
Dan aku disitu, membakar diri.
Meninggalkan jiwa yang terselamat.
Dan aku, membakar dengan tenang.
Dan kini aku mencari mangsa.
Untuk diselamatkan.
Untuk aku dibakarkan.
Untuk aku disengsarakan.
Semoga mangsa aku kekal bahagia.
Bersama aku.
Tugas yang tak terselesaikan.
Semoga semua, selamat disana.
Monday, 9 February 2015
Biadab
Untuk segalanya yang berlaku atas permukaan ini.
Aku berambuskan segalanya
Dengan nada nyah yang kerasnya.
Sekeras hati yang dibaluti sifat syaitan.
Lalu nada itu bakar dengan api marah yang telus dan jitu.
Seperti biasa.
Biadab dia aku tidak bisa untuk hadam.
Biadab dia umpama anjing.
Anjing kurap yang bangang senada bangang babi yang mamai dipanah manusia.
Aku jadi sakit kerna biadabnya.
Aku hancur kerna biadabnya.
Namun.
Macam biasa.
Aku mengikut acuan fitrah kita.
Aku telan setelan telannya aku mampu.
Mungkin aksi-aksi itu salah aku.
Semoga kau jaga biadab engkau.
Seperti mana engkau jaga maruah kau.
Jangan kau rosakkan semuanya.
Macam kau rosakkan kita.
Suatu masa dulu.
Yang dulu.

