Sunday, 28 December 2014

Tipu?

Kadang kadang bila ditanya manusia, kepada manusia yang lain;

"Kenapa manusia perlu menipu?"

Kerana menipu adalah pintu untuk melarikan diri dari kebenaran.

Dan kita ditanya lagi

"Kenapa perlu lari dari kebenaran, sedangkan kebenaran itu adalah sahih?"

Mungkin kerana kebenaran itu pahit.
Dan ia jadi pahit kerana kita lemah.

Kita lemah untuk menerima.
Kita lemah untuk mengaku.

Sedangkan kebenaran akan terus berlaku.
Sedang kita disini, masih mogok dan banteras kebenaran.

Sia-sia?
Mestilah.

Mengapa harus menipu, kalau kebenaran yang untung?

Dan kita disini? Masih terus menipu dan menipu, bazirkan kudrat.

Kudrat untuk menipu.

Lalu kita hanyut dalam dunia penipuan kita.

Dan kita hidup dalam mati.
Mati dalam dunia sendiri.

Dan aku disini.
Masih menipu.
Menipu yang aku dah okay.
Tapi sebenarnya tidak.

aku buat ini untuk semua.
Semua yang aku sayang.

Agar mereka terhindar dari melihat pasifnya jiwa aku.

Jiwa yang kosong dari Tuhan ini.

Jiwa ini masih parah.
Luka ini masih merah.

Semoga aku, dapat atasi.


Semoga berjaya.
Semoga, dan selamanya.

Saturday, 27 December 2014

Kau ada?

Ada macam macam negatif yang boleh rosakkan otak kita.

Kadang kadang kurangnya yakin dalam diri.

Kurangnya rasa kemegahan personaliti dalam diri.

Dan benda benda itu akan membuatkan diri kita.

Rasa tak guna.
Rasa rendah diri.
Rasa rasalah.

Bila kita fikir tentang ini.
Tentang satu benda.

"Kenapa aku takda apa yang orang lain ada."

Ingatlah satu benda.

"Orang lain juga takda apa yang kau ada"

Kita semua saling melengkapi.

Kau ada apa yang aku takda.
Dan aku takda apa yang kau ada.

Kita semua sama.
Tapi yang membezakan kita.
Adalah pemikiran, dan iman.

Dah la.

Warkah.

Ada banyak benda yang aku belajar hari ini.

Kita kena belajar untuk terima takdir. Tak kisah dalam konsep mana sekalipun, tak kira ia susur alur kehidupan atau apa sahaja. Takdir itu sudah disusun cantik oleh Allah. Siapa engkau untuk nilai dan perdebatkan ia sedangkan engkau cuma zarah tak guna di atas muka bumi? Terima kenyataan untuk sebarang kemungkinan, mungkin itu perit bagi kita,engkau dan aku. Tapi percayalah, Tuhan sudah tentukan yang paling baik untuk kita, lebih baik daripada apa yang kau ada itu, yang mungkin engkau terpaksa lepaskan, di waktu ketika itu.

Yakin dengan ketentuan Tuhan, yakin bahawa dia akan berikan yang terbaik untuk engkau, walaupun engkau merasakan dia sebenarnya yang terbaik.

Tapi percayalah.
Terbaik dia, bukan untuk kau.

Yep, silap aku banyak disini. aku bodoh dan tak konsisten dengan perjalanan hidup aku dengan orang yang aku sayang. Aku fikir, dengan layanan biasa dan bodoh bodoh seperti itu sudah cukup membuktikan kasih sayang aku dengan orang yang aku sayang, salah sama sekali. Hargai orang yang kita sayang. Jangan pernah berhenti untuk terus tunjukkan rasa sayang. Walaupun itu penat, itu sendiri akan membuatkan orang yang kita sayang itu menghargai kita secara langsung, dan serta merta mereka juga akan jadi macam kita.

Hargai mereka.
Ingat setiap tarikh-tarikh penting yang membuatkan memori paling gempak yang pernah kau buat dengan dia.
Jangan sakitkan hati dia.

Makhluk Tuhan itu juga sebahagian dari Dzat Tuhan
engkau sia-siakan mereka, sama jugalah seperti engkau sia-siakan Tuhan.

Yep. Aku boleh terima kenyataan.
Perit itu memanglah perit, tapi tak seperit mana satu jiwa diseksakan kerana bodohnya satu jiwa yang lain.

aku harap engkau bahagia.
cari lelaki yang bukan macam aku.
cari lelaki yang boleh buat kau tersenyum ikhlas.
cari lelaki yang sentiasa berusaha membuat kau bahagia.

Jangan cari lelaki macam aku.

Aku doakan kau bahagia.
Biar aku nampak kau dari jauh.
Bahagia kau dari jauh aku boleh rasa.

Tapi perit aku, biar aku sendiri tanggung.

Kisah cinta.

alkisah seorang pengembara datang mengetuk pintu hati sang cintanya.

rupanya indah bak permukaan tasik yang perawan tanpa ada cemaran batu-batuan.

indahnya gadis itu kalau dirungkap melalui tulisan hikayat itu mahunya setebal dua kitab.

bertambah dengan pronolog kronologi setiap segi segi badannya dan perwatakan.

tapi.
biarlah ia termuat dalam satu kalimah indah; jelita.

Cinta pengembara diterima jitu oleh sang jelita.

susur alur cinta mereka digemari orang.
pujangga cinta mereka ditagih orang.

sedang mereka sendiri keliru atas dasar apa mereka berkasih.

sampai satu masa si pengembara merasa kisah cintanya kosong dan tandus.

tercemar dengan anasir anasir luar.
mereka hadirkan orang luar untuk dikongsi masalah mereka.

sehingga satu,dua,tiga daerah tahu tentang masalah mereka.

terumbang ambing mereka seumpama ombak jahat menelan sang pelayar.

mencoba untuk hindari lemas
namun karam jua akhirnya.

Terlambat sudah si pengembara
tiada ruang yang ada untuk pengembara

untuk buktikan sayangnya untuk si jelita.

semuanya sudah terlewat.

lalu datang seorang putera yang entah mana wujudnya.

Datang menjelaskan segalah keruh dan resah yang melanda.

nasihatnya cuma satu
Hargailah dia selagi engkau mampu.

bila sudah terlepas.
menyesal tiada guna.

kata sang putera.
sang putera yang pernah sia-siakan puterinya.

.
.
.


Friday, 26 December 2014

...

Hadiah dah terbeli.
Tapi semua dah berbeza.

Simpan dalam almari.
Biar reput, dalam kenangan.

Bukan taknak move on.
Cuma belum mengalah.

Sebab aku nampak.
Ada sinar.

Mungkin..

dia tak nampak.

Nikmat--

Bangun pagi tu.
Aku gegas gegas kemas.
Gigih dengan semangat poyo nak tolong mangsa banjir.

Kononnya.
Aku gagahkan diri dengan perasaan yang smack terox.

Aku lihat kehidupan dan keadaan mangsa banjir.

Takda jauh mana dari tempat aku. Adalah dalam sejam lebih.

Aku tolong tolong angkat angkat barang sikit.

Aku sempat perhatikan seorang budak ni.

Umurnya mungkin dalam lingkungan 8-9 tahun macamtu.

Cergas dan cergas budaknya.
Lari sana sini.
Rajin bertanya.
Suka bergurau bersama sukarelawan.

Aku perati je ni, aku perati.
Dia dekat dengan ibunya.
Dia peluk erat.

Lalu dia bertanya.
"Mak, ayah mana?"

Soalan cliche dari drama drama pementasan teater dan drama elektronik.

Aku mula agak jawapannya mungkin agak sedih atau ayat ayat cliche cover yang selalu aku hafal, untuk menidakkan tentang ketiadaan ayahnya itu.

aku dah siap siapkan tisu dan perasaan sedih.

aku dah kumpul untuk aku tangiskan bersama ibunya.

Lalu ibunya menjawab
"Tu ha, tengah angkat barang tu. Adik duduk diam diam boleh?"
Lalu anaknya tertawa dan mencium ibunya.

Aku senyum.
Tak jadi nak nangis.
Sial la.

Siala! Ayahnya masih hidup.
Ku pikir sudah hanyut.

Cerita sedih bertukar gembira.
Happy ending mangsa banjir.

Aku tersenyum lagi.
Seronok melihat orang bahagia.
Nikmat terbesar dari Tuhan adalah melihat orang lain bahagia.

Diri sendiri bahagia juga adalah nikmat terbesar dari Tuhan.

Maka jagalah ia.
Jangan engkau sia-siakan.

Macam aku.
Dan dia.

Semoga kekal.
Hingga aku mati.

..

..

Aku mungkin dah okay.

Tapi untuk lupakan kau, itu belum okay.

Tak mengapa.
Aku tanam dalam dalam.

Kau jangan risau la.

Emosi?

Kadang kadang kita tak boleh nak ikut emosi.
Bagi aku emosi itu setan.

Setan memang suka manusia bila emosi.
Tapi engkau jangan risau.
Kau raja. emosi itu rakyat.
Kau kawal emosi, segalanya boleh.

Setan itu mencelah masuk kerana rongga-rongga kita tiada kalimah Tuhan.
Rongga-rongga kita penuh dengan kotoran dosa.
Dosa ini tiket mudah untuk setan lepas masuk.

Aku tahu sebab aku rasa.
Kurangnya zikir dan kalimah Tuhan.
Setan senang untuk masuk dan berikan kita pelbagai cabang emosi.
Buatkan kita berfikir bukan-bukan.

Buatkan otak kita tak berkembang.

Kawal emosi.
Terima kenyataan.

Yep.
kenyataan yang perit.
Tapi percayalah, ada kebaikannya.

walaupun kita tak nampak.
Tapi Tuhan Maha Melihat.

Percaya Dia, kau selamat.

Thursday, 25 December 2014

.

I miss you.

But i cant.

Okay.

Aku nampak.

Aku nampak.
Tapi aku hiraukan.
Bila aku hiraukan, ia datang.

Datang menampakkan figuranya.
Aku lari dari kotak itu.

Jauh juga berjalan.
Dan sekali lagi.

Dia tunjukkan figuranya.
Figura bahagianya.
Figura yang aku tak mampu jelaskan.

Aku menangis.
Tapi aku lanjutkan perjalanan.

Moga moga nanti Tuhan ada.
Dalam diri aku, bersama universalNya.

Yang hakiki.

Kifarah.

Aku dah tak mampu.

Yep.
Ia menyerang dan terus menyerang.

Dan aku, kalah.
Aku dah gagal.

Gagal untuk segala galanya.
Tanpa aku sedari, mereka sudah berjaya.

Sedangkan aku disini masih dengan sisa memori yang sering aku ingat ingatkan.

Aku ada Tuhan, tapi aku sombong.

Patutlah semua ini terjadi.

Kifarah.
Aku sedang jalani proses kifarah.
Aku didenda oleh Tuhan.

Denda setimpal.
Setimpal dengan apa yang aku lakukan pada orang lain sebelumnya.
Perbuatan yang membuatkan orang itu sengsara.

Dan sengsara itu dapat aku rasa sekarang.

Kerana aku, didenda.
Atas khilaf aku.

Maaf, aku cuma perlu menanti bila semua ini akan berakhir.

Setiap saat aku rasakan duri.
Dalam duri itu, ada duri yang lain.
Dan duri yang lain itu, terkandung duri kecil.

Mencucuk cucuk jiwa aku.

Ye, inilah denda yang harus aku pikul.

Minta maaf sekali lagi.

Seandainya aku tak mampu menanggung, simpan kenangan kita elok elok.

Jadikan ia sebagai pengajaran hakiki untuk masa hadapan.

Hargai setiap insan yang memberikan secebis kasih untuk kita.

Jangan abaikan.

Jangan bodohkan.

Mereka mutiara.
Mutiara yang menuju kita.
Mutiara yang sentiasa mahukan kita menjaga mereka.

Dan kau, jagalah mutiara itu baik baik.
Mutiara yang dah selama hari ini aku buangkan.
Jaga dia, belai dia.

jangan pernah engkau abaikan dia.
Isi kekosongannya dengan gelak tawa dan kasih sayang.
Isi jiwanya dengan agama dan nasihat.

Jangan seksa dia.

Aku yakin kau boleh.
Aku tak mampu untuk teruskan.

Aku tahu, kau layak.

Goodluck, bro.

Wednesday, 24 December 2014

Sakit.

Ya Tuhan.

Engkau hilangkanlah rasa sakit itu.
Habiskanlah apa yang perlu dihabiskan.

Aku dah tak mampu.
Yang di dalam ini sudah hancur.

Perasaan ini seolah olah menghancurkan dalam aku.

Hancur menjadi cebisan.
Cebisan yang hancur itu aku dapat rasakan, dihancur hancurkan sehingga lumat.

Yang lumat itu sekali lagi dihancurkan.
Kesan hancur dari lumat itu, dihancur-hancurkan lagi sehingga menjadi zarah.

Dan zarah zarah itu dihancurkan lagi sehingga menjadi zarah yang paling terkecil.

Dan sekali lagi.
Zarah yang terkecil itu aku rasa dihancurkan sehingga lumat, lebih kecil dari zarah.

Dan yang paling terkecil itu.
Aku dapat rasakan ia pedih.
Kerana ada sisa kita dalam itu.
Dan sekali lagi ia dihancurkan.

Tuhan Maha Mendengar.
Aku yakin, yang mati ini tak selamanya mati.

Aku cuba.
Moga Allah membantu.

Okay.

Aku cuba buang sisa sisa kita dalam memori aku, dan memori lain.

Tapi error.
aku cuba dan terus cuba.
Masih error.

Lalu aku nampak kau bersama si dia, dalam satu gambar.

Gambar yang tak jelas, ringkas dan tak membawa makna apa apa.

Tapi aku dapat rasakan gambar itu hidup.

Hidup dengan kegembiraan dan keseronokan kau bersama dia.

Kegembiraan dan keseronokan yang aku sendiri tak mampu nak berikan, waktu kita dulu.

Aku gagahkan diri aku untuk buang.
Aku berjaya.

Dan aku senyum.
Tapi senyumku kelat
Senyum pahit.
Aku buang, tapi aku kutip balik.

Aku kutip sisa kita, aku simpan dan aku jaga.

Mungkin bila aku rindu, aku tatap itu, dan rindu akan terubat.

Mungkin takkan terubat.
Mungkin akan tambah sakit.
Tapi biarlah.

Macam yang aku cakap.
Bila kau bahagia, aku pun bahagia.
Tapi bila bahagia kau tak sama dengan aku.

Bahagia kau datang bersama cinta.
Tapi bahagia aku, datang bersama perit.

Kau tenang.
Aku okay.

Sangat, okay.

Tuesday, 23 December 2014

Cuba

Aku dah cuba.

Tapi.

Hasilnya aku tak nampak.
Tak tahu dia sedang menguji aku.

Atau.
Dia sudah tawar hati.

Andainya sudah tawar hati.
Maka hancurlah semuanya.

Yang paling hancur.
Yang di dalam ini.

Monday, 22 December 2014

Bahagia.

Ada satu prinsip yang kita kena pegang.

Tentang satu prinsip ini.
Bahagia.

Kalau dia bahagia,
Kau juga patut bahagia.

Walaupun itu perit.
Perit bila bahagia itu dikongsi dengan orang lain.

Bukannya, dengan kita.

Bahagia itu universal.
Dan engkau adalah salah satu zarah di dalam universal itu.

Jadi kau patut rasa bahagia itu.
Walaupun ia perit.

Sangat.

Lenyap.

Malam tu aku ke taman bidadari.
Aku nampak semua indah.
Aku nampak semua cahaya.

Tapi aku ada yang hebat dari indah dan cahaya.

Oh itu kau.
Kau sedang duduk.
Duduk tersipu sipu bersama yang lain.
Bicara indah kau, aku dapat rasa.

Senyum kau, lagilah.
Takpayah digambarkan.
Sebab memang payah untuk diceritakan.

Aku nampak kau.
Aku dekat.
Aku terus ke arah kau.

Kau senyum.
Aku tau kau tengah tunggu.
Aku dekat lagi.

Aku dekat dan dekat.
Kau toleh ke belakang.
Takmau pandang aku la tu.

Aku maju, dan terus maju.
Lalu ada susuk aneh menghalang.
Aku tolak.
Peduli apa.

Dia benarkan tolakkan aku.
Aku senyum.

Tapi
Kau hilang.
Tiba tiba.
Aku cari.
Kau lenyap.

Dan lalu
Aku terbangun.
Terjaga sambil musnahkan metafora mimpi tadi.

Dan aku sedar.
Kau takkan datang.
Aku senyum kesal.

Hakikatnya cuma satu.
Kau sebenarnya dah lenyap.
Tapi bayang bayang kau, masih aku cari.

Takpelah.

Walaikumussalam.

Hi?
Aku pun dah lupa ada berapa juta blog yang aku dah buat yang dah aku semakkan dalam dunia siber.

Tapi hari ini.
Aku buat balik.
Sebab aku nak luah.

Menulis atas kertas ni leceh.

Tangan masscom tak sepower serajin mulut masscom.

Tangan masscom tangan pemalas.

Itu tangan aku la.
Tangan kau pirgi mampus kau la.

Haah, aku tulis bukan kerna nama.
Hanya sifat kasih ada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayang..ku?

Hamboi nyanyi.
Tak ajak.

Yep, aku tulis sebab aku nak luah.
Kau boleh judge, tapi aku mampos mamposkan sahaja judge engkau

Entah kenapa mood nak buat blog ni tiba tiba datang.

Mungkin sebab dulu dulu sudah habis.

Sebab hari ni.
Hari ni.
tak macam yang dulu-dulu.