Sunday, 28 December 2014

Tipu?

Kadang kadang bila ditanya manusia, kepada manusia yang lain;

"Kenapa manusia perlu menipu?"

Kerana menipu adalah pintu untuk melarikan diri dari kebenaran.

Dan kita ditanya lagi

"Kenapa perlu lari dari kebenaran, sedangkan kebenaran itu adalah sahih?"

Mungkin kerana kebenaran itu pahit.
Dan ia jadi pahit kerana kita lemah.

Kita lemah untuk menerima.
Kita lemah untuk mengaku.

Sedangkan kebenaran akan terus berlaku.
Sedang kita disini, masih mogok dan banteras kebenaran.

Sia-sia?
Mestilah.

Mengapa harus menipu, kalau kebenaran yang untung?

Dan kita disini? Masih terus menipu dan menipu, bazirkan kudrat.

Kudrat untuk menipu.

Lalu kita hanyut dalam dunia penipuan kita.

Dan kita hidup dalam mati.
Mati dalam dunia sendiri.

Dan aku disini.
Masih menipu.
Menipu yang aku dah okay.
Tapi sebenarnya tidak.

aku buat ini untuk semua.
Semua yang aku sayang.

Agar mereka terhindar dari melihat pasifnya jiwa aku.

Jiwa yang kosong dari Tuhan ini.

Jiwa ini masih parah.
Luka ini masih merah.

Semoga aku, dapat atasi.


Semoga berjaya.
Semoga, dan selamanya.

No comments:

Post a Comment