Aku dah tak mampu.
Yep.
Ia menyerang dan terus menyerang.
Dan aku, kalah.
Aku dah gagal.
Gagal untuk segala galanya.
Tanpa aku sedari, mereka sudah berjaya.
Sedangkan aku disini masih dengan sisa memori yang sering aku ingat ingatkan.
Aku ada Tuhan, tapi aku sombong.
Patutlah semua ini terjadi.
Kifarah.
Aku sedang jalani proses kifarah.
Aku didenda oleh Tuhan.
Denda setimpal.
Setimpal dengan apa yang aku lakukan pada orang lain sebelumnya.
Perbuatan yang membuatkan orang itu sengsara.
Dan sengsara itu dapat aku rasa sekarang.
Kerana aku, didenda.
Atas khilaf aku.
Maaf, aku cuma perlu menanti bila semua ini akan berakhir.
Setiap saat aku rasakan duri.
Dalam duri itu, ada duri yang lain.
Dan duri yang lain itu, terkandung duri kecil.
Mencucuk cucuk jiwa aku.
Ye, inilah denda yang harus aku pikul.
Minta maaf sekali lagi.
Seandainya aku tak mampu menanggung, simpan kenangan kita elok elok.
Jadikan ia sebagai pengajaran hakiki untuk masa hadapan.
Hargai setiap insan yang memberikan secebis kasih untuk kita.
Jangan abaikan.
Jangan bodohkan.
Mereka mutiara.
Mutiara yang menuju kita.
Mutiara yang sentiasa mahukan kita menjaga mereka.
Dan kau, jagalah mutiara itu baik baik.
Mutiara yang dah selama hari ini aku buangkan.
Jaga dia, belai dia.
jangan pernah engkau abaikan dia.
Isi kekosongannya dengan gelak tawa dan kasih sayang.
Isi jiwanya dengan agama dan nasihat.
Jangan seksa dia.
Aku yakin kau boleh.
Aku tak mampu untuk teruskan.
Aku tahu, kau layak.
Goodluck, bro.
No comments:
Post a Comment