Kadang kadang jalan hidup kita terlalu menyetan, dan sangat setan.
Dan kerana unsur unsur setan itulah.
Peribadi kita menjadi setan.
Seolah-olah membuatkan kita adalah bayangan peribadi untuk--
untuk satu susuk figura setan.
Yang sempurna.
Yang terulung.
Yang cukup sifatnya.
Tapi kenapa kita sendiri tidak terpikir.
Terpikir untuk memutarbelitkan cakna setan itu
Putar dan belitkan ia.
Menjadi satu cakna positif yang cukup sempurna.
Agar ia menjadi pengajaran hidup kita.
Satu sahaja yang boleh engkau.
Dan aku.
Simpulkan bersama.
Yang setan, takkan selamanya menjadi setan.
Sedangkan pelacur jalanan juga ganjarannya syurga gara gara memberi minum untuk anjing.
Apatah lagi kita.
Apatah lagi perangai setan kita.
Apatah lagi kenangan setan kita.
Yang bertimbun masuk ke lorong hidup kita.
Tuhan itu maha Kaya, dan Maha Adil.
Dia tahu apa yang kita tak tahu.
Cuma kita, manusia ni.
Kita suka ambil tahu benda yang kita tak perlu nak tahu.
Patutlah setan senang masuk.
Patutlah.
No comments:
Post a Comment