Rindu?
Kau berhak untuk rindu.
Kau memang perlu ada rindu.
Rindu itu ada dalam setiap cebisan kontrak kemanusiaan.
Kau layak sebab kau manusia.
Cuma yang membezakan hanya satu.
Kau masih dalam kontrak dunia.
Dunia kita ada banyak kontrak tertangguh.
Dan yang tertangguh ini menyempitkan kau.
Hidup kau.
Masa depan kau.
Dan semestinya.
Rindu kau.
Tersepit.
Biar kita belajar untuk rindu.
Rindu di celah-celahan sana.
Agar mereka tidak nampak.
Biar semua nampak.
Hanya Tuhan, sahaja yang lihat.
No comments:
Post a Comment